Sunday, October 24, 2010

PAK MAULUD KAKI TARUH

Pak Maulud merupakan seorang yang sangat dikenali di sebuah kampong nun jauh di utara tanah air. Beliau dikenali bukan kerana ketangkasannya bermain congkak mahupun gasing bawang, tetapi kerana kehebatannya bertaruh dan menilik nasib. Sungguhpun begitu, Pak Maulud bukanlah spesis Sotong Paul yang dikenali sewaktu Piala Dunia yang lalu. Beliau pernah cuba untuk ditemuramah oleh sebuah akhbar tabloid tanah air,namun Pak Mualud menolak sekeras-kerasnya pelawaan dari pihak akhbar tersebut dengan alasan beliau takut ditangkap oleh Majlis Agama Negeri apatah lagi pihak berkuasa tempatan. Ini kerana kehebatannya pada bidang-bidang yang haram di sisi undang-undang.

Cerita bermula apabila seorang pegawai bank,Encik Fauzi 28 tahun yang baru ditugaskan di kawasan pekan Pak Maulud tinggal berasa hairan dengan tabiat Pak Maulud yang setiap hari menyimpan tidak kurang RM 1000 setiap hari. Pegawai-pegawai bank lain ( senior ) yang sudah lama bertugas di bank tersebut tidak pernah berasa hairan kerana mereka semua berfikiran positif, ada yang beranggapan Pak Maulud seorang jutawan MLM, ada juga yang beranggapan Pak Maulud mempunyai 10 orang anak yang bekerja bagus yang selalu memberi ayahnya RM100 setiap orang,setiap hari. Tambahan pula Pak Maulud tidak pernah berpakaian yang comot,beliau sentiasa kelihatan kemas dengan rambut disisir rapi dan baju masuk dalam ( tuck in ). Gaya Pak Maulud berjaya mengaburi mata orang-orang yang tidak kenal akan dirinya yang sebenar .

Pada satu hari, Encik Fauzi bertanya kepada Pak Maulud semasa beliau melakukan proses Bank-in di kaunter. ″ Pakcik, saya tengok Pakcik ni tiap-tiap hari simpan duit dari mana Pakcik dapat duit?". Pak Maulud tanpa segan silu menjawab. "Sebenarnya Pakcik ada apa yang kamu tak ada". Jawapan Pak Maulud yang agak lari dari soalan. Namun Encik Fauzi terus bertanya " Maksud pakcik?". Dengan tenang Pak Maulud menjawab " Hmm..Pakcik ni ada kebolehan menilik dan bertaruh. Bak kata orang Pakcik ni ada power yang orang lain tak ada". Sedikit ragu-ragu dengan jawapan Pak Maulud tetapi Encik Fauzi berjaya menyembunyikan keraguan tersebut. " Kalau Encik tidak percaya mari kita bertaruh" pelawa Pak Maulud kepada Encik Fauzi. Atas dasar ingin mencuba Encik Fauzi bersetuju dengan nilai taruhan RM 10,000.00. ( sepuluh ribu sahaja ). Pak Maulud bertaruh pada hari kesepuluh selepas taruhan dibuat Encik Fauzi akan kehilangan telur ( testis ). Yakin dengan logik akal Encik Fauzi menerima taruhan dari Pak Maulud.

    Hari berganti hari, saat berganti saat, minit berganti minit maka tibalah hari kesepuluh taruhan bernilai RM 10,000.00 antara Pak Maulud dengan Encik Fauzi. Pada pagi hari yang ceria itu, Pak Maulud dengan bangga datang ke bank untuk mengambil taruhan. Beliau yakin tilikan dan taruhan beliau berjaya. Encik Fauzi menanti dengan penuh debar di kaunter pertanyaan bank. Selepas berjumpa Pak Maulud, Encik Fauzi membawa Pak Maulud ke sebuah bilik khas VIP untuk mereka menyelesaikan taruhan tempoh hari. Encik Fauzi berwajah yakin semasa Pak Maulud memeriksa telurnya ( testis ) dan Encik Fauzi ketawa riang di dalam hati bahawa dia yakin yang kali ini Pak Maulud akan kalah dan habuan RM 10,000.00 akan menjadi miliknya. Tiba-tiba Pak Maulud bersuara " Ciss!!macam mana tilikan aku kali ini boleh salah". Telur ( testis ) Encik Fauzi masih berada di posisi yang betul. " Baiklah Encik Fauzi, sekarang RM 10,000.00 jadi milik awak. Ambil cek ni". Berbunga hati Encik Fauzi saat beliau melihat Pak Maulud pulang hampa, tambah riang hati beliau sewaktu cash cek yang diberikan oleh Pak Maulud pagi tadi. Sekelip mata RM 10,000.00 menjadi milik Encik Fauzi. Tidak sia-sia taruhan beliau membenarkan Pak Maulud memeriksa telurnya.

Tidak lama selepas waktu rehat pada tengahari hari yang sama Pak Maulud datang ke bank dengan wajah cerah ceria seperti orang yang baru pulang dari menunaikan haji. Pak Maulud terus menuju ke kaunter yang dijaga oleh Encik Fauzi lalu Pak Maulud terus mengeluarkan wang tunai berjumlah RM 20,000.00 ( dua puluh ribu sahaja ). "Encik Fauzi, saya nak simpan semua duit ni,masuk dalam akaun Pakcik ye". Kata Pak Maulud sambil mengukir senyuman sinis. " Eh!bukan ke pagi tadi Pakcik dah kalah dengan saya? Mana Pakcik dapat duit banyak ni lagi?" Tanya Encik Fauzi penuh keraguan. Dengan wajah yang tenang Pak Maulud berkata " Sebenarnya Pakcik bertaruh dengan Jaga ( sekuriti guard ) bank ni, kalau Pakcik dapat pegang telur kamu Pakcik dapat RM 20,000.00".

2 comments:

WanPok said...

hahhahahahahahaha.. sial lah..!!

Anonymous said...

HAHAHAHAH..xmcm blue pule..haishh